Kek Hari Jadi Upin Ipin

Ingat lagi tak ada dalam satu episod UI Musim ke-6, Upin Ipin menyambut hari kelahiran mereka yg ke-... (masih menjadi rahsia sehingga ke hari ini). Macam biasalah, kalau nama pun harijadi mestilah dapat hadiah kan?. Kak Ros dan Opah bagi hadiah special. Hadiah gadget ala-ala spy gitu.



Dalam scene tersebut saya dikehendaki menyiapkan model Kek Harijadi mereka. Proses modeling mengambil masa beberapa jam sahaja. Tetapi proses texturing dan shadering mengambil masa seharian, untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki.


Ada 3 map sebagai ingredient kek ini; Color, Specular dan Bump Map. 
Dengan menggunakan Ramp Shader, output render yang terhasil tak begitu menjadi. Kek nampak agak metal-ish sikit. Jadi untuk memberikan hasil kek yang gebu disaluti oleh lapisan coklat yang sedap, maka SSS shader diguna-pakai yang mana Ramp Shader dihubungkan seperti gambar di bawah. 
Nak tahu lebih lanjut mengenai SSS Shader boleh klik di sini dan di sini


Nak render menggunakan SSS Shader perlukan sedikit pengetahuan sudut cahaya, supaya hasil yang dikehendaki mendapat serakan dan pantulan cahaya yang betul di atas permukaan. Setelah test-render berkali-kali, akhirnya output yang sedap berjaya di-render. 

Oklah, untuk shot MS yang mana tak terlalu closeup. Saya perlu belajar untuk mendapatkan permukaan yang lebih fluffy di bahagian dalam kek untuk next-time. Sekian~




Comments

Popular Posts