Set Stor Atok dalam filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal

Pengalaman masa buat set interior untuk stor atok ni sangat menduga kesabaran. Masa tu skill series baru nak up ke movie.. of course pembikinan awalnya tu ibarat hujan jatuh ke pasir (macam kerja sia-sia la juga).. dah buat penat-penat, kena reject je selalu.. tapi takpe.. sementara nak pandai.. kita layankan aje.. bermula dengan pintu depan, remodel balik ruang bilik stor yang kosong. Mungkin ada yang kata, kenapa tak pakai je balik yang dalam siri. Maaf, yang dalam siri tak boleh pakai kerana kualiti yang kurang sesuai untuk spesifikasi filem. 



Disebabkan itu, beratus-ratus props atau objek (yang anda boleh bayangkan di dalam stor rumah kampung), banyak nak kena model balik. Dah habis model, perlu pula menghias supaya nampak bersepah. Pening kan. haha. Hias tapi sepah. Nasib baik saya tak berkeseorangan tetapi dibantu oleh rakan-rakan modeler lain yang juga hebat-hebat orangnya. So hasilnya of cos la kebabom..
Siapa yg tak tengok lagi pegi la cari kat pawagam yang terdekat... rugi tau kalau tunggu nak keluar kat tv sbb director dah ckp takkan siarkan kat astrofirst dlm masa terdekat selagi tak habis tayang kat luar negara.


#theartofUIKST #upinipin #kerissiamangtunggal #SupportAnimasiMalaysia

Comments

Popular Posts