HIKAYAT DONGENG SANG KANCIL - TEASER 2022

Les’ Copaque Production telah melancarkan dua video teaser pada tahun ini bagi filem Dongeng Sang Kancil. Ia mungkin merupakan spin-off daripada siri yang agak popular iaitu Pada Zaman Dahulu yang telah mula ditayangkan sejak tahun 2012, yang mana setiap episod Aki (watak seorang Atok kepada 2 orang cucunya, Ara & Aris) akan menceritakan kisah yang berbeza, lucu dan penuh dengan teladan. 

Dalam video teaser pertama yang dilancarkan pada 12 Mac 2022, mereka telah menampilkan seekor harimau yang sangat ganas sebagai antagonis utama. Permulaan babak dalam video tersebut menunjukkan kebijaksanaan seekor kancil yang sedang berlari daripada harimau. Kemudian, kita boleh lihat kebijaksanaan sang kancil menggunakan perangkap untuk digunakan terhadap harimau. Perangkap yang digunakan banyak. Bukan satu perangkap saja ada, tiga perangkap yang digunakan oleh Sang Kancil. Memang teruk Harimau dibelasah. 


Untuk teaser yang kedua pula, mereka memperkenalkan lebih banyak antagonis seperti buaya, gajah dan helang. Untuk makluman para pembaca, video teaser yang kedua ini baru sahaja dilancarkan pada 12 Ogos 2022. Apa yang menarik dalam video tersebut, kesemua antagonis bekerjasama untuk menangkap dan memerangkap Sang Kancil untuk dihadapkan kepada Harimau. Rasa-rasanya, pasti adegan yang paling disukai ramai dalam teaser ini adalah semasa Helang menyerang Sang Kancil. Terdapat juga kesan istimewa di mana kuku helang seperti terkeluar dari frame hitam video. Di sini saya kongsikan sedikit footage behind-the-scene untuk babak tersebut.



Comments

Popular Posts