Easter egg dalam filem UIKST

Hujung minggu buat apa di rumah? Jom layan sesi perkongsian saya. Kali ni saya dedahkan sedikit Easter Egg (benda tersembunyi) yang ada dalam filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. Pendedahan berdasarkan video yang telah dimuatnaik secara rasmi di Youtube Lescopaque Channel

Sebelum tu, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada rakyat Malaysia. Filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal telah memecah rekod sebagai FILEM ANIMASI NO. 1 sepanjang tayangan di Astro First. Mari teruskan memberi sokongan dengan menonton filem Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal di Astro First. #UpinIpin


Okay, mari kita mulakan dengan scene di mana Upin Ipin baru sahaja masuk ke dalam stor atok. Perhatikan objek yang ada dalam balang kaca tersebut. Itu adalah kapal Hang Upin dan Hang Ipin seperti yang pernah muncul dalam episod pulu-pulu season 3 yang akhirnya dirampas oleh Lanun Jarjit. 

Sebenarnya boleh ditafsirkan di sini bahawa mereka bakal terperangkap dalam satu pengembaraan ke dunia yang sangat asing bagi mereka. 


Pendedahan seterusnya, ketika ayam rembo sedang lepak di atas susunan kotak-kotak lama. Perhatikan kotak yang berlabel iNest. Ya, itu adalah syarikat yang sponsor kami. Di sebelah kotak itu pula (tertulis pada kotak yang lain), "1- STFC 2". 

Itu adalah keputusan dalam perlawanan persahabatan bola sepak antara staff iNest dan staff LCP. Keputusan akhirnya adalah iNest (1 ) - STFC (2). Hebatkan kami? Haha. 


Perhatikan pula kotak paling bawah di sebelah kanan. Terdapat label "ATAS" yang bersimbolkan kepala Upin. Signature macam ni banyak kami letak sepanjang filem secara rawak. Kalau jumpa, tegur-tegurlah. Haha.


Kotak yang terakhir yang ingin saya dedahkan adalah kotak yang berada di sebelah paling kiri. Tertulis di situ satu tarikh "12/02 - 2009" . Itu adalah tarikh premier filem pertama Lescopaque Production iaitu Geng Pengembaraan Bermula.


Cukuplah setakat itu sahaja pendedahan berani dari saya. Takut pula nanti director panggil masuk bilik meeting. Boleh juga follow twitter director Adam, banyak fun facts yang beliau payung untuk pengetahuan peminat-peminat. Terima kasih sekali lagi atas sokongan padu dari kalian. 

Comments

Popular Posts