Apa itu Dolly Zoom

Perkongsian kali ini berkenaan Dolly Zoom yang digunakan dalam filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal. (AMARAN: Thread ini mungkin mengandungi SPOILER). 


Dolly Zoom juga dikenali sebagai Zolly Shot. Bayangkan anda ingin merakam perasaan terkejut dengan sangat dramatik walaupun reaksi muka subjek agak sederhana.

Dolly Zoom adalah sebuah teknik penggambaran yang biasa digunakan dalam perfileman. Antara fungsinya adalah untuk memberi impak reaksi kepada penonton dengan mengalihkan jarak sasaran kamera sambil mengekalkan tumpuan.

Biasanya apabila kita ingin menumpukan kamera kepada subjek, kita boleh melakukan dengan 2 cara. Cara yang pertama dengan kaedah zoom, iaitu dengan melaras kanta. Sama seperti anda menggunakan apps camera, apabila pinch in/out, gambar menjadi besar dan menumpu pada sesuatu objek.

Cara kedua adalah dolly, iaitu menggerakkan kamera ke depan supaya lebih dekat dengan objek yang menjadi tumpuan. Lihat animasi berikut untuk gambaran yang lebih jelas.


Dolly Zoom pula adalah gabungan kepada 2 kaedah tadi dengan menggerakkan kamera sambil melaraskan sudut kanta secara bertentangan supaya elemen di hadapan kekal sama dalam pada masa yang sama latar belakang kelihatan mengecil atau membesar.

Berikut antara contoh-contoh shot yang menggunakan teknik Dolly Zoom dalam filem Upin Ipin Keris Siamang Tunggal terbitan Lescopaque Production. Terima kasih kepada director RazuriAjmain, Adam Amiruddin dan Faizu Khalid kerana selain berkongsi ilmu di atas, turut membenarkan shot-shot ini dipamerkan.

1. Shot yang pertama, Peti/kotak Keris. Walaupun sebuah kotak gagal memberi sebarang reaksi, penonton pastinya teruja ingin mengetahui apa yang tersembunyi di dalam kotak.

2. Perhatikan reaksi Ipin, Fizi dan Susanti apabila melihat Mail dikejar oleh tentera reriang. Reaksi mereka bukan sekadar terkejut malah tersentak.

3. Dengan penggunaan dolly zoom, reaksi Bawang Merah yang tiba-tiba tersedar dari lamunan dapat disampaikan.


4. Mat Jenin mengimbas kembali memori lama.

5. Shot terbang ini menjadikan ia bukan sekadar drone shot malah dapat dirasakan kelajuan dan pecutan Siamang Tunggal yang merempuh masuk ke dalam istana.

6. Upin Ipin tergamam melihat sesuatu yang tidak dijangka.

7. Batu Belah Batu Bertangkup yang sangat menakutkan bersedia untuk menelan mangsanya, haha.


Kesimpulannya, Dolly Zoom adalah teknik penggambaran yang banyak digunakan dalam dunia perfileman dan ia sangat membantu kerana dapat memaksimakan tumpuan atau perasaan subjek.

Jika ada sebarang pertanyaan, jangan segan-segan tinggalkan komen di bawah.

#UpinIpin #KerisSiamangTunggal 

Comments

Popular Posts