Apartment sebelah Subang Airport.



Gambar ini diilhamkan ketika saya berada di sebuah rumah pangsa kawan di subang. Waktu itu tengah hari, tiba-tiba terlintas sebuah helikopter yang menuju ke arah Lapangan Terbang Subang. Jadi terus terfikir untuk menghasilkan imej ini.  

Penghasilan imej ni daripada modeling hinggalah rendering hanya menggunakan perisian Blender. Blender adalah perisian mencipta aplikasi 3D seperti modeling, animation, rendering serta boleh juga mengatur-cara sebuah game. 

Proses menghasilkan imej ini cukup mudah, bermula dengan pembinaan asset bangunan yang berbentuk V seperti di bawah. 


Kemudian tambahkan sahaja tingkap untuk detailing ringkas.  Manakala helikopter pula, modelnya sangatlah plane. Senang kan?!. 



Render seperti biasa, cuma kotak "sampled motion blur" hendaklah di"check" dan bilah kipas juga perlu di-animate terlebih dahulu. Untuk hasil yang lebih realistic, option ambient occlusion juga perlu di-bake-kan.  

Selamat mencuba!

 


Comments

Popular Posts