Kutipan 25 Juta Upin Ipin Keris Siamang Tunggal

Bersempena dengan pengumuman kutipan 25 Juta (Terima kasih!), maka kali ini saya belanja lagi extra info berkaitan salah satu scene yang terdapat di dalam Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal. Don't worry, no spoiler tau.. yang tak tengok lagi pergi la tengok cepat-cepat. yang dah tengok jom kita repeat lagi ya.

Gambar 1: Ini adalah set sungai yang digunakan semasa transition dari satu lokasi hutan ke lokasi hutan yang lain dalam scene awal pengenalan dunia Inderaloka. Antara cabaran masa nak model dan setdress (menghias set) sungai ni adalah file yang maha berat dan selalu hang. Bila nak test render pula berjam-jam menunggu. Maklumlah, masa ni pc belum upgrade lagi. Haha.

Gambar 2: Kalau anda tengok dalam gambar ni ada area yang masih dalam wireframe (belum habis render). Cuba perhatikan kotak2 kuning kecik di hujung setiap lalang. Haa.. tu la puluhan butang kawalan atau controllers yang animator akan gerakkan untuk menampakkan set ini "hidup" seperti semula jadi.

Gambar 3: Teknik mattepaint digunakan sebagai gambar latar belakang yang bertujuan melengkap dan mencantikkan lagi sesuatu set. Hasil mattepaint dalam gambar ni masih belum final (time ni baru terkedek-kedek belajar melukis mattepaint), yang akhirnya di-touchup oleh Art Director Haris Amran. Ya, ini adalah lukisan. Ini bukan 3D. Bayangkan nak paint supaya tak nampak flat. Lukisan concept diberi untuk guide, tapi untuk lukisan mattepaint, outputnya perlu lebih kurang sama dengan rendering output, iaitu perlu nampak seakan-akan 3D. Cara ini lebih pantas berbanding dengan penyediaan model set penuh.

#theartofUIKST #upinipin #kerissiamangtunggal #SupportAnimasiMalaysia

Comments

Popular Posts