Kesan Khas dalam UIKST
Dulu masa buat movie Upin Ipin Keris Siamang Tunggal, lepas kerja-kerja production selesai seperti modeling dan setdressing, saya turut membantu dalam kerja-kerja Kesan Khas (Special Effects). Ini yang membuatkan pembuatan filem ini mahal kerana ketelitian setiap shot sangat dititik-beratkan.
Ada banyak teknik dalam kesan khas. Salah satunya seperti yang dikongsikan dalam tweet yang lepas iaitu Matte Painting. Antara teknik-teknik lain adalah pemancaran zarah (particle), tekstil/fabrik dan bulu/rambut. Sebenarnya ada banyak lagi tapi saya fokuskan kepada 3 ini sahaja.
Contoh aplikasi pemancaran zarah adalah seperti meniru pergerakan ribuan reriang yang sedang terbang di udara, dan serakan butiran pasir di atas tanah.
Teknik tekstil-fabrik pula sudah tentulah untuk meniru benda-benda yang lembut seperti baju, kain dan selendang. Ia juga boleh dikembangkan atau di-program supaya baju dan kain tercarik-carik, pecah dan melerai. Jika diterbalikkan bingkai masa, maka akan dapat kesan seperti ini.
Manakala untuk meniru ciri-ciri fizikal helaian rambut, teknik bulu-rambut (Hair/Fur) digunakan. Kita boleh menggunakan teknik ini untuk mendapatkan pergerakan pokok-pokok atau juraian akar-akar secara dinamik. Caranya ialah menggantikan objek tersebut dengan zarah rerambut.
Artis Kesan Khas perlu kreatif dalam 'problem solving technique' dengan mencari reference dari sumber-sumber yang ada seperti menonton wayang, membaca buku 'artbook' dan membuat carian di-internet.
Itu sahaja perkongsian kali ini. Tidak dinafikan sepanjang proses membuat filem ini adalah learning curve yang sangat mengujakan. Semoga industri animasi di negara kita berkembang jauh. Ada apa-apa soalan lain, boleh ajukan di ruang komen.
#theartofUIKST #upinipin #kerissiamangtunggal #SupportAnimasiMalaysia
Comments