Lukisan Matte (Matte Painting)
Saya nak bagi tahu satu rahsia yang biasa diamalkan oleh industri perfileman berkenaan salah satu teknik khas dalam seni kesan visual (Visual Effects atau VFX). Teknik ini dapat memperbaiki visual dengan lebih cepat dan murah. Apa rahsianya?
Teknik tersebut dipanggil "Lukisan matte" (Mattepainting). Sebelum tu, cuba tengok dahulu link video youtube di bawah.
Bayangkan satu situasi di mana anda perlu merakam satu scene berlatarbelakangkan rumah-rumah pada zaman british. Rumah-rumah tersebut mungkin sudah tidak ada pada zaman sekarang, atau sebahagiannya sudah dirobohkan. Kos untuk membina semula pula adalah tinggi.
Jadi adalah lebih mudah dan kos efektif dengan menggunakan teknik lukisan matte, rumah-rumah tersebut dapat digambarkan tanpa perlu membina set yang besar. Teknik ini bukan sahaja diperlukan untuk latar belakang, tetapi juga sebagai penambahan asset di hadapan camera (FG asset).
Secara tradisionalnya, seorang artis akan melukis gambar yang telah ditetapkan di atas sekeping permukaan kaca supaya dari sudut pandang kamera, illustrasi tersebut nampak seperti ia benar-benar wujud semasa rakaman.
Untuk peminat-peminat Starwars pasti tahu pada awal pembikinan filem tersebut (Episod 4, 5 dan 6) kesan praktikal (Practical Effects) merupakan amalan biasa pada ketika itu kerana keterbatasan teknologi, ini termasuklah penggunaan lukisan matte secara tradisional.
Filem Animasi Upin Ipin Keris Siamang Tunggal juga tidak ketinggalan untuk mengadaptasi teknik ini. Cuma prosesnya dilakukan sepenuhnya berpandukan komputer. Oleh itu teknik ini lebih dikenali sebagai "Digital Mattepainting" pada zaman sekarang.
Berbanding dengan kaedah tradisional yang mana proses itu berlaku seawal proses produksi, lukisan matte digital ini pula biasanya berlaku di akhir produksi (post production). Tetapi perancangan yang tepat perlu dilakukan sebelum produksi bermula.
Contoh dalam 2 gambar di bawah bagaimana penambahbaikan (enhancement) visual dapat dilakukan. Setelah output render dihasilkan dalam urutan (sequence), boss kami berpendapat dinding stor tersebut perlu nampak kotor, dan lantai kayu di pelabuhan perlu nampak basah.
Jadi tanpa perlu render semula, hasil yang diinginkan dapat diperolehi segera dengan bantuan Digital Mattepainting. Harap dengan thread kali ini dapat memberi pendedahan baru khususnya buat peminat-peminat animasi Malaysia.
Dan jangan lupa saksikan Upin Ipin Keris Siamang Tunggal di Astro.
#theartofUIKST #upinipin #kerissiamangtunggal #SupportAnimasiMalaysia
Comments