Rezeki sangkut

Some educational thought for today. Sebelum itu, saya suka dengan tips2 yang dikongsi di laman sosial (sumber asal dari Amierul Azraei) ini terutama sekali part "kumpul pengalaman kerja" dan "ambil sahaja kerja yang datang". 



Di sini ingin saya kongsikan sedikit pengalaman lalu.

Tahun 2003, lepas tamat Matriks, antara 3 pilihan bidang yang diisi ialah Astro Fizik, Chemistry dan Aerospace Eng. Selain minat, kecenderungan untuk menelaah buku-buku sains melebihi kartun-kartun komik yang ada di pasaran. Kalkulus pandai, melukis tak reti.

End up, pilihan terakhir juga yang menjadi jodoh. USM Kampus Kejuruteraan ketika itu masih baru. Jadi prasarana agak terhad. Minat punya pasal, eksperimen pun ikhtiar buat sendiri peralatan dan segala alat mengukur.


Jadi how did I end up kerja bidang Animation? Ok dia macam ni, pandangan saya terhadap arah tuju pendidikan di pengajian tinggi (pada ketika itu) bagaikan ikan di dalam belat. Bukan pasal ramai yang nak masuk IPTA yang ingin dibicarakan. Tapi cabang ilmu itu sendiri. Sarat!


Ye, sarat. Banyak yang nak dimuatkan. Saya masih ingat, semester 1-4, banyak subjek perlu diambil, dan.. "Walaupun semester 5,6,7 lebih kepada elektif, tapi cabang ilmunya masih luas nak dibandingkan di negara saya." kata seorang lecturer saya dari rusia yang juga sebagai SV.


Ok, di sini ada 2 schools of thought:

1. Pelajar dituntut belajar pelbagai cabang ilmu supaya senang dapat pekerjaan. Umpama, kalau jaring itu luas, takkan tak lekat seekor ikan?

2. Pelajar sepatutnya memilih pengkhususan lebih awal. Ibarat belajar menembak mangsa dengan tepat.


Disebabkan saya kurang bernasib baik dalam keputusan akhir, sudah tentu kurang peluang untuk saya mendapatkan sebarang pekerjaan yang sesuai dengan jurusan yang diambil atau apa-apa pekerjaan dalam industri kejuruteraan.

Menggabungkan dua pendapat yang saya jelaskan tadi, dalam banyak2 cabang ilmu yang dipelajari (school of thought yang pertama), saya memilih salah satu darinya iaitu Computer Aided Design untuk diasah bakat dan skill. (school of thought yang kedua)

Di sini saya mula tumpukan kemahiran saya kepada elemen-elemen rekabentuk sementara melakukan kerja part time di sana sini (masa tu kerja hotel, kedai gambar, pergi join buat marketing pun ada). Alhamdulillah, kerjaya pertama bersama satu syarikat swasta berjaya diperolehi.

Ditugaskan untuk develop course, mengajar kanak2 smart school berpandukan perisian 3D. Tak dapat kerja jurutera dapat mengajar pun jadilah. Kemudian saya mula memahirkan diri dalam seni rekabentuk menggunakan pelbagai perisian. Tak bergantung pada 1 sahaja.

Industri aerospace di Malaysia terus menjadi suam sekitar tahun 2009. Tak tahu di mana salahnya, tapi kehidupan perlu diteruskan. Akhirnya saya merisikokan diri untuk terus menukar bidang ke dunia animasi dengan berbekalkan skill dan kemahiran yang sama. Iaitu rekabentuk.

Maka dengan industri kreatif inilah saya membina kerjaya baru saya. Walaupun agak awkward untuk bergaul dengan rakan-rakan yang berlainan bidang, demi survival saya tak boleh terlalu cerewet. Janggalnya hanya Tuhan saja yang tahu. Dunia kreatif terlalu asing bagi saya.

Alhamdulillah, berkat kesabaran, 10 tahun juga akhirnya. Terima kasih buat majikan saya  yang memberi peluang kepada saya untuk membina kerjaya di Lescopaque Production. Until now saya masih struggle and keep improving my skill. (dan dah boleh melukis dah )

Kesimpulan, kepada adik-adik yang masih struggle di luar sana, teruskan berusaha. Develop skill dari awal. Jangan hanya menunggu pada suapan ilmu. Cari dan asah kemahiran. Kalau minat design, tumpu design. Kalau minat menulis, tumpu pada penulisan.

Universiti ini ibarat jaring yang besar, insyallah pasti ada 1-2 pekerjaan yang akan lekat. Cuma sekarang perlu asah kemahiran untuk menembak tepat rezeki pilihan hati.


Comments

Popular Posts