Disney Storytelling Masterclass: Raya and The Last Dragon.

2 March 2020 - Saya berpeluang mengikuti webinar Disney Storytelling Masterclass. Sesi ini membicarakan bagaimana penulis dan artis papan cerita bekerjasama dalam menghasilkan sebuah karya animasi. Ahli panel juga memperincikan inspirasi dan cetusan idea sebelum filem Raya and The Last Dragon diterbitkan.


Berikut dikongsikan beberapa point yang menarik perhatian saya, iaitu: 

1) "Dilarang merakam atau mengambil gambar sepanjang sesi perbentangan." Pesan ketua artis papan cerita Fawn Veerasunthorn. Jadi tak dapat saya nak kongsikan semua isi-isi penting. Mana yang ingat sajalah ye.


2) Filem Raya and The Last Dragon ditulis oleh Qui Nguyen dan penulis bersama iaitu Adele Lim (orang Malaysia) yang mengetengahkan budaya masyarakat Asia khususnya Asia Tenggara.

3) Hampir keseluruhan produksi filem ini dilakukan di rumah masing-masing. Yup, PKP kan, stay at home! Jadi setiap hari zoom untuk update progress ditemani haiwan peliharaan dan juga anak kecil. (Gambar sumber dari youtube: Raya and the Last Dragon | Crafting Raya Featurette)



4) Fawn menjelaskan di awal proses pembikinan filem ini, penyelidikan ada dilakukan di beberapa negara Asean seperti Laos, Vietnam, Cambodia, Thailand dan Indonesia bagi mengkaji "visual anthropology" bersama "culture consultant". Apa benda tu?

Senang cerita "visual anthropology" mengkaji simbolism, bentuk, warna, struktur dan material yang dapat menceritakan latar budaya masyarakat setempat. Contoh kalau ada ukiran kayu, corak apa yang paling banyak digunakan di kalangan orang asia tenggara.

5) Penulis berkongsi teknik dalam menghasilkan cerita yang menusuk kalbu, jalan cerita dan watak tidak perlu terlalu sempurna. Semakin banyak kekurangan atau kelemahan kepada watak, semakin banyak plot untuk menghadapi rintangan dapat diceritakan.

6) Adele Lim turut menegaskan dalam proses pembelajaran, apabila ingin berkongsi jangan tunggu sehingga karya anda sempurna. Luahkan sahaja kerana ia tidak akan pernah sempurna. "Overcome fear & let your creativity flourish"


7) Sebagai tips, kata Qui terdapat perbezaan antara Kidshow di TV dan juga filem. Objektif utama Kidshow adalah untuk mengajar sesuatu. "This is square, this is circle, 1+1=2". Pengisiannya berteraskan pendidikan.

Sementara fungsi filem pula adalah untuk mencipta topik perbincangan bersama anak-anak, seperti emosi dan perasaan. Dalam filem Raya and The Last Dragon topiknya adalah "trust" & "broken world". Sememangnya di akhir cerita adalah untuk menyelamatkan dunia, tetapi topik apakah yang ingin dibincangkan?

8) Terdapat beberapa budaya yang agak sama di kalangan negara Asean yang mungkin juga merupakan satu perkongsian budaya yang agak nyata. Salah satunya adalah bagaimana mereka menjaga kepentingan masyarakat setempat.

Tiada istilah "individual excellent" tetapi bagaimana seseorang mampu mengangkat taraf kehidupan dan saling bantu membantu di kalangan mereka. Aspek inilah yang menjadi salah satu sumber inspirasi kepada filem Raya and The Last Dragon ini.

Raya and The Last Dragon adalah filem animasi terbaru keluaran Disney yang akan ditayangkan pada 5 March tahun ini.



Comments

Popular Posts